Sunday, January 6, 2019

Al-Imran Ayat 86

3.3.86
Juz:
3,Surah:3. 
Surah 3, Ayat 86:


.
Ringkasan tafsir;

Allah menerangkan dalam ayat ini tentang golongan yang engkar kepada Allah setelah mereka beriman. Kaum yang zalim pada diri mereka sendiri itu ialah mereka dari golongan yang murtad dan ahli kitab.

Ayat ini menerangkan bahawa betapa Allah memberi petunjuk kepada mereka yang telah kembali kufur selepas beriman dan orang-orang yang mengingkari syariat Nabi Muhammad, pada hal dahulunya ahli kitab mengakui dan mengharapkan kedatangan Muhammad yang telah termaktub tertulis dalam kitab mereka dan mengaku serta memberikan penyaksian bahawa yang demikian itu adalah benar, tapi apabila dibangkitkan bukan dari golongan mereka dan datang Nabi Muhammad menyeru kepada Islam maka telah menjadi engkar dan menzalimi pada diri-diri mereka sendiri.

 Adapun dikatakan orang-orang kafir itu adalah zalim ialah mereka meletakkan ibadatnya bukan pada tempatnya dan mereka tidak dipermudahkan baginya jalan yang hak dan benar untuk mendapat pahala dan syurga. Malah mereka itu akan menerima pembalasan yang keras diakhirat kelak (lihat 3.3.87).

.

[previous] [next] [home]

.

RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3  
Terjemahan,
81~90,
[GS] https://sites.google.com/site/pomepurekl/2/1  
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8      

.


via,

streamyx.knajid@gmail.com

(kemenangan.kita@aim.com)

Kalsy (kiv)

Delete done

AleaCorp (kiv)

Delete done